Zayn Rayyan dipercayai dibunuh

Zayn Rayyan dipercayai dibunuh

ZAYN Rayyan Abdul Matiin dipercayai dibunuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Hasil bedah siasat menemukan terdapat kecederaan di leher dan badan Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemukan dalam sungai selepas hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini. 

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak terbabit mendapati ada unsur jenayah.

“Susulan itu, kita membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

“Terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa, kita percaya ada unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Terdahulu, Ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf dilaporkan berkata, sebelum kejadian dia mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah.

Katanya, sebaik tiba di kawasan perumahan anaknya itu secara tiba-tiba meragam dan mahu bermain buaian di taman permainan.

“Saya turuti permintaannya dan menunggu dia bermain buaian selama beberapa minit sebelum memujuknya naik ke rumah kerana saya perlu memasak serta menyiapkannya untuk dihantar ke rumah pengasuh.

“Ketika menaiki tangga, saya memegang barang basah yang baru dibeli dan beg sekolah sementara Zayn menuruti saya dari belakang.

“Namun selepas beberapa langkah saya memanggil namanya, dia tidak menjawab dan apabila saya toleh lihat dia sudah tiada,” katanya.

Mayat Zayn ditemukan di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira pada 10 malam.

Penemuan kanak-kanak berkenaan susulan Op Tutup rumah ke rumah dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang bermula pukul 9 malam tadi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya