Zayn Rayyan dibunuh : Polis rakam keterangan jiran, pihak sekolah

Zayn Rayyan dibunuh : Polis rakam keterangan jiran, pihak sekolah

Mayat
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis akan memanggil beberapa jiran dan pihak sekolah kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan maut dibunuh bagi merakam percakapan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini lima orang sudah dipanggil memberi keterangan termasuk ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan.

“Siasatan masih dijalankan dan polis turut akan memanggil beberapa jiran di kawasan kediaman itu dan pihak sekolah mangsa,” katanya di sini.

Ketika ditanya adakah suspek lebih daripada dua orang, Hussien berkata, perkara itu masih dalam siasatan pihaknya.

Sementara itu, ketika ditanya kemungkinan mangsa mengenali suspek ketika kejadian dia dilaporkan hilang sebelum dibunuh, Hussein turut memaklumkan polis masih menyiasat semua keberangkalian itu.

Terdahulu hasil bedah siasat menemui kesan luka mempertahankan diri pada tubuh Zayn Rayyan yang ditemui mati.

Media sebelum itu melaporkan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan yang dilapor hilang, ditemukan meninggal dunia malam Rabu lalu.

Mayat kanak-kanak itu ditemukan pukul 10 malam kira-kira 200 meter dari kawasan rumahnya di Damansara Damai,di sini.

Zayn Rayyan disedari hilang sejak 12.30 tengah hari pada Selasa lalu sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Allahyarham yang ditemui meninggal dunia disahkan mati dibunuh.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan bunuh selepas proses bedah siasat ke atas Zayn Rayyan mendapati terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya