Zayn Rayyan dibunuh: Polis periksa sekali lagi Blok R malam ini

Zayn Rayyan dibunuh: Polis periksa sekali lagi Blok R malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kedatangan sekali lagi Unit Forensik di Blok R yang menempatkan kediaman keluarga kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin malam ini menimbulkan tanda tanya.

Ini kerana selang sejam lebih Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia meninggalkan blok berkenaan, lebih empat kenderaan Unit Forensik pula dilihat memasuki sekitar pekarangan blok sama kira-kira pukul 7.55 petang.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata, kehadiran Unit Forensik adalah bagi melakukan pemeriksaan rumah ke rumah malam ini.

Kata beliau, pemeriksaan itu adalah bagi mengesan dan mengumpul lebib banyak bukti yang boleh membantu siasatan.

“Unit Forensik dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan terlibat dalam pemeriksaan rumah ke rumah malam ini,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, anggota Unit K9 dilihat tiba di lokasi dan mula membuat pemeriksaan di Blok R apartmen terbabit kira-kira pukul 5.10 petang.

Bersama seekor anjing pengesan, anggota Unit K9 kemudian dilihat memasuki Blok R bersama beberapa anggota polis.

Utusan Malaysia difahamkan, pemeriksaan itu dilakukan di aras tiga dan empat di blok kediaman keluarga Zayn Rayyan.

Selepas kira-kira 25 minit, kumpulan anggota polis bersama anjing pengesan dilihat selesai menjalankan pemeriksaan sebelum meninggalkan lokasi pada pukul 5.40 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya