Zayn Rayyan dibunuh: Polis jumpa stoking dalam takungan air

Zayn Rayyan dibunuh: Polis jumpa stoking dalam takungan air

UNIT Forensik hadir sekali lagi di Blok R Apartmen Idaman. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sehelai stoking ditemukan di dalam kolam di kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan pada 6 Disember lalu.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun ia tidak dapat dipastikan stoking berkenaan adalah milik kanak-kanak malang itu atau bukan.

Kata beliau, stoking berkenaan antara barangan dan objek yang perlu dihantar ke makmal untuk analisa lanjut.

“Kita (polis) jumpa sehelai sahaja tetapi perlu buat pengesahan lanjut sama ada kepunyaan mangsa atau bukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, polis mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mangsa.

Ia bagi melihat sama ada wujud sebarang bukti baharu, tetapi tiada penemuan baharu diperoleh.

Proses berkenaan kemudian disambung pagi ini.

Terdahulu, hasil pemeriksaan pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama kira-kira dua jam di setiap rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, dilihat dua kotak dibawa keluar.

Kotak berkenaan dipercayai berisi bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu yang mayatnya ditemui di saliran air dekat kawasan apartmen itu pada 6 Disember lalu.

Lebih 25 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan pemeriksaan itu bermula pukul 8.40 malam tadi dan berakhir kira-kira 10.30 malam.

Pemeriksaan didapati tertumpu di tingkat dua dan tiga blok berkenaan yang berketinggian empat tingkat.

Usaha media untuk mendapatkan gambaran lebih lanjut proses itu terhalang selepas tidak dibenarkan mendekati kawasan mahupun berkumpul di hadapan blok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya