Zayn Rayyan dibunuh : Pemilik dashcam belum tampil

Zayn Rayyan dibunuh : Pemilik dashcam belum tampil

MOHAMAD FAKHRUDDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Belum ada lagi mana-mana pemilik video kamera papan pemuka (dashcam) yang kenderaannya di parkir di sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pihaknya masih menunggu mana-mana pemilik tampil dan yakin mereka akan memberi kerjasama yang baik.

“Setakat ini, kita tidak boleh tahu berapa dashcam yang ada, kalau dapat kita akan sahkan,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohammad Fakhrudin, empat anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dikerahkan ke lokasi kanak-kanak itu ditemukan bagi mengesan sekiranya terdapat penemuan petunjuk baharu.

“Kita juga gerakkan pasukan forensik bagi mengesan penemuan-penemuan baharu yang boleh membawa kepada suspek.

“Kita (polis) tidak akan berputus asa dan meneruskan usaha menjejak suspek ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Mohammad Fakhrudin, pihak polis meneruskan usaha mencari bukti-bukti yang dapat membantu dan akan sentiasa berada di Apartment berkenaan.

“Penduduk dan keluarga mangsa memberi kerjasama penuh sejak hari pertama lagi. 

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini boleh tampil mengukuhkan lagi siasatan kami selain daripada penemuan saintifik dan keterangan awam yang boleh membawa kepada suspek,” katanya.

Terdahulu, operasi mencari bahan-bahan bukti membabitkan Zayn Rayyan diteruskan pada hari ketiga di Apartmen Idaman, Damansara Damai dan sekitar lokasi mayat kanak-kanak itu ditemukan hari ini.

Turut hadir ke lokasi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya