Yayasan Utusan, SK Desa Pandan teruskan English for Kids

Yayasan Utusan, SK Desa Pandan teruskan English for Kids

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yayasan Kumpulan Utusan dan Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur akan meneruskan sesi English for Kids bagi 60 murid yang telah mengharungi musim pertama pada tahun 2022-2023.

Guru Besar sekolah itu, Noriah Ismail gembira dengan sokongan musim kedua Yayasan Kumpulan Utusan setelah menjayakan program bahasa Inggeris itu sejak Julai 2022.

”Bagi musim kedua bermula 13 Januari 2024, pihak yayasan dan SK Desa Pandan bersepakat menambah masa ke tiga jam satu sesi bagi menambah keberkesanan pembelajaran dari semasa ke semasa,” katanya.

 

utusan
Noriah Ismail

Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Utusan 12 Disember 2023 telah besetuju untuk meneruskan program hebat itu bagi memperkasakan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak bangsa Malaysia.

”Kami juga membuka ruang untuk menaja program ini di tempat lain jika ada sekolah yang benar-benar berminat. Kami alu-alukan untuk mengadakan perbincangan,” kata Pengerusi  Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kumpulan Utusan, Tan Sri Khalid Yunus.

Empat lagi pemegang amanah ialah Tan Sri. Dr. Suleiman Mohamed, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid, Ali Jaafar dan Rosmanizam Abdullah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya