Yang di-Pertuan Agong berkenan solat jumaat di Masjid Raja Lumu - Utusan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong berkenan solat jumaat di Masjid Raja Lumu

Solat Jumaat
AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat Jumaat dekat Masjid Raja Lumu di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Lumu, Bukit Malawati Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Turut berangkat ke masjid itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Seri Paduka bersama kira-kira 800 jemaah menunaikan solat Jumaat diimamkan oleh Imam Masjid Negeri, Sheikh Abdul Karim Omar.

Sementara itu, khutbah solat Jumaat bertajuk ‘Raja berdaulat menjunjung kasih titah ditaat’ yang dibacakan Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Muhammad Farhan Wijaya menengahkan struktur tertinggi pemerintahan negara dipayungi oleh Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai ketua negara berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 32(1).

“Maka sebagai ketua utama negara, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua tertinggi Persekutuan yang mempunyai keutamaan lebih daripada orang lain di samping mempunyai kuasa luas dan penting dalam menstabilkan negara serta melaksanakan urusan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Tambah khutbah itu, rakyat hendaklah menjunjung kasih kepada baginda sebagai pemimpin kerana ia sebahagian perintah agama.

Justeru Muhammad Farhan memaklumkan, inilah  tanggungjawab dan kewajiban yang saling melengkapi antara satu  sama lain dan akan membuahkan natijah yang menyeluruh kepada semua pihak.

“Mentaati arahan dan titah pemerintah merupakan suatu tuntutan dalam Islam bagi memastikan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara berjaya dicapai dan dikekalkan.

“Mana mungkin sesuatu negeri atau negara akan tenteram dan dapat menikmati hidup rukun damai, jika rakyat dan pemimpin saling bercakaran dan menyalahkan antara satu sama lain,” jelasnya.

Katanya lagi, umat Islam di negara ini seharusnya bersyukur kerana Al-Sultan Abdullah merupakan pemerintah yang adil dan prihatin kepada masalah dihadapi oleh rakyat.

“Di bawah pemerintahan baginda berjaya melaksanakan tanggungjawab menerajui kepimpinan negara dengan baik pada ketika rakyat menghadapi musibah dan keperitan hidup mendepani ujian besar pandamik Covid-19.

“Baginda juga menggunakan kebijaksanaan baginda di dalam mengatasi dan mengimbangi kestabilan politik tanah air yang suatu ketika dulu pernah melalui detik mencabar dengan penuh hikmah dan adil,”ujarnya. 

Seri Paduka kemudian meluangkan masa bersalaman dengan jemaah dan berkenan berangkat ke majlis santapan.

Masjid Raja Lumu diperkenan Sultan Sharafuddin sebagai Masjid Diraja yang kesembilan di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya