Warga emas cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di Kapit 

Warga emas cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di Kapit 

KEADAAN kejadian tanah runtuh yang memasuki ruang dapur di sebuah rumah di Taman Sebuluh Kilo 5, Pelajau, Kapit malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAPIT: Seorang lelaki warga emas cedera parah di kepala dan patah di buku lali kaki kiri dalam kejadian tanah runtuh di sebuah rumah, Taman Sebuluh Kilo 5, Pelajau di sini tengah malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Timothy Barat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 12.53 tengah malam melibatkan enam penghuni di sebuah rumah. 

“Setibanya di lokasi, anggota operasi melaporkan terdapat runtuhan tanah mengenai bahagian belakang dapur yang menyebabkan keruntuhan dinding simen pemilik rumah tersebut.

“Justeru, seramai enam sekeluarga di Taman Sebuluh Kilo 5, Pelajau, di sini diarahkan berpindah berikutan kejadian tanah runtuh,” katanya. 

Tambahnya, hujan lebat berterusan sejak jam 9.00 malam tadi menyebabkan pergerakan tanah di kawasan belakang rumah tersebut yang terletak di kawasan tanah bukit. 

“Akibat tanah runtuh tersebut, seorang lelaki warga emas cedera parah di kepala dan patah di bahagian buku lali kiri.

“Difahamkan seramai enam penghuni termasuk sepasang warga emas berusia 60-an, seorang suri rumah, 42, dan tiga orang anaknya berusia tujuh hingga 15 tahun sedang menonton televisyen apabila mereka terdengar dentuman kuat dan bunyi kaca pecah di bahagian dapur kediaman mereka ketika itu,” jelasnya. 

Bagaimanapun, kesemua ahli keluarga berjaya menyelamatkan diri daripada runtuhan berkenaan kecuali bapa mentua pengadu yang terpaksa digegaskan ke Hospital Kapit untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

“Susulan kejadian itu, semua penghuni rumah terpaksa menumpang di rumah saudara mereka di Jalan Airport setelah diarahkan berpindah oleh pihak bomba kerana dikhuatiri runtuhan akan berulang. 

“Anggota dari BBP Kapit bersama sebuah jentera LFRT Atego dan sebuah kenderaan EMRS dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya