Wanita kehilangan suami baru dikahwini sehari - Utusan Malaysia

Wanita kehilangan suami baru dikahwini sehari

Suami maut
REMUK kereta Perodua Bezza yang dinaiki pasangan pengantin baharu terlibat dalam kemalangan bersama dua kenderaan lain dekat Jalan Bernam di Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Isteri menanggung duka selepas suami Norsyam Nasullah Rahim yang baru menikahinya pada Sabtu lalu meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Bernam, di sini, malam tadi.

Norsyam Nasullah, 23, disahkan maut di tempat selepas cedera parah sementara isterinya, Aini Hayati Mohd. Radzi, 22, mengalami kecederaan di bahagian dagu dan patah kaki kiri.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.05 malam.

Jelas beliau, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikerah dalam operasi menyelamat berkenaan.

“Setibanya di lokasi, kemalangan itu didapati melibatkan tiga kereta iaitu Perodua Bezza, Honda City dan Nissan Almera. Selain itu, seorang lelaki iaitu orang awam yang membantu mangsa kemalangan turut cedera parah,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurut Ahmad Mukhlis, seorang daripada dua mangsa yang menaiki Bezza dikenali sebagai Norsyam Nassullah Rahim, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang lagi wanita yang menaiki kereta sama dikejarkan ke hospital selepas cedera pada dagu dan patah kaki kiri. Seramai empat mangsa yang menaiki City dan dua Almera turut mengalami kecederaan,” jelasnya.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi proses bedah siasat.

“Kesemua mangsa lain turut dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya