Utusan Malaysia rangkul anugerah media pelancongan kesihatan

Utusan Malaysia rangkul anugerah media pelancongan kesihatan

ROSALINDA MD SAID menerima anugerah utama Rencana Terbaik Media Cetak semasa Medical Travel Media Awards 2023 (MTMA) berlangsung di Hotel Parkroyal Collection, Kuala Lumpur. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Utusan Malaysia mengungguli Anugerah Media Pelancongan Perubatan (MTMA) 2023 kategori akhbar pada Anugerah Pelancongan Kesihatan malam ini.

Wartawan Utusan Malaysia, Rosalinda Md. Said dinobatkan sebagai pemenang utama yang menerima trofi serta wang tunai berjumlah RM8,000.

Kemenangan itu menerusi artikel ‘Setiap hari saya berdoa mahu mati’ yang disiarkan di akhbar terbitan Media Mulia Sdn. Bhd.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MTHC), Dr. Ali Mohamad.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

MTMA dianjurkan MHTC bertujuan mengiktiraf kecemerlangan dalam kewartawanan media tempatan dan antarabangsa serta pempengaruh yang berkongsi cerita mempromosikan pelancongan perubatan di Malaysia.

Lima kategori anugerah dipertandingkan membabitikan Rencana Terbaik Media Cetak, Rencana Terbaik Penyiaran, Rencana Terbaik Dalam Talian (tempatan/antarabangsa), Wartawan Pelancongan Perubatan Terbaik Tahunan dan Pasukan Editorial Pelancongan Perubatan Terbaik Tahunan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya