Urus niaga berasaskan kejujuran, integriti elak rasuah

Urus niaga berasaskan kejujuran, integriti elak rasuah

JOACHIM Gunsalam (dua dari kiri) ketika menyampaikan anugerah 'Honesty Entrepreneur' kepada Pengarah Kayusar Sendirian Berhad, Hii Hium Ung pada majlis The 20th Asia Pacific International Honesty - Book of Records 2023 di Kuala Lumpur. - FB DR. JOACHIM GUNSALAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejujuran dan integriti perlu dijadikan asas kepada semua urusan perniagaan agar isu rasuah serta penyelewengan dapat dielakkan.

Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, sekiranya kejujuran dan integriti menjadi asas kepada urusan perniagaan, pastinya sebarang isu seperti rasuah dan penyelewengan dapat dielakkan.

Katanya, usaha dilakukan Asia Pacific Top Excellence Brand Committee (APC) dalam memberikan anugerah The Asia Pacific International Honesty Book of Records kepada pemimpin perniagaan jujur adalah permulaan perjalanan ke arah masyarakat yang adil untuk semua.

“Saya amat berharap lebih banyak perusahaan mengambil bahagian dalam acara seperti ini untuk meluaskan pengaruh kejujuran dan membantu menyemai kepercayaan bahawa kejujuran masih merupakan dasar terbaik.

“Anugerah  ini sangat unik kerana penganjur mengiktiraf dan meraikan syarikat dan perusahaan yang menunjukkan kejujuran serta integriti dalam operasi perniagaan mereka,” katanya ketika merasmikan  

The Asia Pacific International Honesty – Book of Records dianjurkan APC sejak 2002 memberi ganjaran kepada usahawan dan perusahaan Asia Pasifik yang cemerlang serta menunjukkan kejujuran dan integriti dalam urusan perniagaan.

Joachim berkata, selain meraikan kejayaan organisasi perniagaan yang jujur, acara itu merupakan peluang terbaik komuniti perniagaan untuk mencipta rangkaian dan mempunyai kerjasama atau perkongsian baharu serta mengembangkan perniagaan masing-masing.

Katanya, sebagai pemimpin perniagaan, tanggungjawab dalam meningkatkan ekonomi negara masing-masing itu adalah secara automatik dan langsung.

“Perniagaan yang baik bermakna lebih ramai kawan, bila lebih ramai kawan maka dunia akan lebih aman. Lebih aman bermakna perniagaan lebih baik supaya boleh maju bersama. 

“Anda dan saya juga boleh bertindak sebagai duta ‘keamanan’ untuk negara masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya