PETALING JAYA: Beberapa anggota polis dari unit forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelihatan memasuki kawasan kediaman Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini kira-kira pukul 6.26 petang.
Petugas media yang mula berkumpul seawal pukul 8 pagi tadi masih cuba untuk mendapatkan kenyataan dari pihak polis berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.
Sebelum ini, petugas media tidak dibenarkan memasuki kawasan kediaman apartmen tersebut ekoran usaha pencarian bukti masih berjalan. – UTUSAN