UMS-Jabatan Perikanan laksana projek rumpai laut

UMS-Jabatan Perikanan laksana projek rumpai laut

PENGARAH IPMB UMS, Profesor Madya Dr. Faihana Ching Abdullah (kiri) menerima tali penanaman rumpai laut daripada Jabatan Perikanan Sabah sebagai gimik penyerahan platform rumpai laut.kepada UMS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jabatan Perikanan Sabah akan melaksanakan projek tanaman rumpai laut bagi meningkatkan lagi industri tersebut.

Sehubungan itu Majlis Penyerahan Peralatan Penanaman Rumpai Laut di Jeti UMS, diadakan baru-baru ini untuk mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara dua agensi bagi memacu penyelidikan berkaitan rumpai laut yang merupakan salah satu industri penting dan berpotensi di negara ini.

Selain itu, ia juga merupakan salah satu aktiviti di bawah memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada Jun lalu.
Selain penyerahan peralatan, satu ladang contoh turut dibangunkan berhampiran jeti UMS selaras dengan sasaran Jabatan Perikanan dalam Pelan Sabah Maju Jaya.

Industri itu disasar untuk membangun dalam semua rantaiannya termasuk pembukaan kawasan baharu, membangun aktiviti huluan dan hiliran serta pembinaan
modal insan dalam industri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya