PETALING JAYA: UMNO perlu membuat ‘proksi referendum’ dalam kalangan ahlinya bagi mengukur penerimaan mereka terhadap kepemimpinan parti dan juga hubungan dengan DAP. Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil berkata, langkah itu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini penting ketika kredibiliti Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipertikai pihak tertentu. Dakwanya, keadaan itu tidak dapat dielakkan kerana jawatan Presiden yang disandang Ahmad Zahid tidak dipertanding dalam pemilihan sebelum ini. Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO berkata, satu-satunya pilihan untuk membuktikan sokongan akar umbi ialah membuat referendum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya