Ular sawa kekenyangan telan ayam ditangkap - Utusan Malaysia

Ular sawa kekenyangan telan ayam ditangkap

ANGGOTA APM dan penduduk menunjukkan ular sawa yang berjaya ditangkap di Kampung Pelandan, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular sawa sepanjang  5.4 meter dianggarkan seberat 120 kilogram (kg) di Kampung Pelandan, dekat sini, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Terengganu, Kapten (PA) Mohd. Zabri Abd. Razak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada JPKK Pelandan memaklumkan kemunculan reptilia itu di reban ayam pukul 7.45 pagi

Menurutnya, sebaik sahaja menerima laporan, beliau bersama enam kekuatan anggota ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menangkap ular tersebut.

“Reptilia berkenaan telah menelan beberapa ekor ayam diternak penduduk dan pihak APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap haiwan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, ular sawa terbabit masih berada dalam simpanan pihak APM sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya

Tambahnya, APM menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak reptilia berkenaan sebaliknya menghubungi pihak berwajib.

“Pada musim tengkujuh banyak ular akan mencari tempat berlindung selepas habitatnya dipenuhi air,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya