Sebenarnya, beberapa minggu lalu, Cik Bunga memang berhajat benar untuk bertemu dengan pelakon Intan Ladyana.
Beberapa kali cuba menjemputnya datang ke studio untuk sesi fotografi, tetapi tak juga ada rezeki nak bertemu dengan pelakon ini. Kali pertama ajakan dibuat, ada kekangan kematian keluarganya jelas Intan.
Kemudian, Cik Bunga dengar Intan kini kebetulan sedang mengandung anak kedua pula.
Patutlah dia macam susah nak beri kata setuju baru-baru ini bila Cik Bunga ajak bertemu lagi. Tak mengapalah, Cik Bunga faham, ibu-ibu hamil begitulah…
Pun begitu, juga baru-baru ini, bila Cik Bunga usaha lagi untuk bertemu, Intan sekali lagi kata tak dapat hadir. Kali ini katanya kerana perlu menguruskan perihal pembantu rumah asing yang telah mencuri sejumlah wang miliknya di rumah.
Aduhai, kasihan juga Cik Bunga pada Intan. Macam-ma am hal ya. Khabarnya, kerugian yang ditanggung itu banyak juga. Namun setelah dikenalpasti pun, menurut Intan, bibiknya itu tetap tidak mahu mengaku mencuri duit miliknya.
Pada masa yang sama, kata Intan, wang yang disimpannya itu adalah untuk digunakan bagi membayar hutang. Namun bila jadi begini, macam manalah agaknya keadaan Intan ya.
Pendek kata bertubi-tubi ujian buatnya dan suami menjelang akhir tahun ini. Pun begitu, Cik Bunga yakin, dalam keperitan pasti akan ada sinar di hujung terowong.
Apa pun, Cik Bunga harap agar Intan dapat menjaga dan mengutamakan bayi dalam kandungannya itu. Maklum sajalah, masih di peringkat awal. Jangan stres-stres yang Intan. Tak apalah, ada rezeki dan jodoh kita pasti dapat bertemu jua.