UiTM, Kolej Vokasional kongsi kemahiran perkasa komuniti

UiTM, Kolej Vokasional kongsi kemahiran perkasa komuniti

   PESERTA program Komuniti Aspirasi Sejahtera Idaman Harmoni (KASIH) bergambar di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Vokasional berkongsi kemahiran masing-masing dalam mengendalikan program Komuniti Aspirasi Sejahtera Idaman Harmoni, (KASIH) dalam membaik pulih fasiliti di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor, hari ini.

Walaupun UiTM dan Kolej Vokasional dua entiti di dua kementerian berbeza, ia bukan penghalang bagi kedua-dua institusi tersebut bergabung tenaga dalam menyumbang keringat kepada komuniti.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Ahmad Faisal Mohamed Fiah berkata, penganjuran KASIH yang bertemakan ‘Melestarikan Kehidupan’ kali ini sesuatu yang bermakna dan berjaya.

“Penganjuran seperti ini diteruskan pada masa depan dan melibatkan lebih banyak pihak sama ada institusi pendidikan mahupun agensi kerajaan dan swasta,” katanya.

Dalam Program KASIH kali ini, pelajar Kolej Vokasional (KV) Tanjung Puteri berkongsi kemahiran dalam kerja-kerja teknikal dan binaan membaiki fasiliti di kampung berkenaan iaitu Surau Sekolah Agama Kampung Pasir Putih.

 Sementara itu, pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) pula berkongsi pengetahuan dalam bidang komunikasi dengan mengendalikan kursus dua hari bersama pelajar KV Tanjung Puteri bertajuk ‘Dokpanik’, iaitu perkongsian mengenai langkah-langkah pencegahan daripada fitnah dunia siber.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Pasir Putih, Tuan Haji Mohd Nor ketika membacakan teks ucapan perasmian program itu menyatakan perasaan  terharu dengan sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan penuntut kedua-dua institusi berkenaan.

 Menurutnya, semangat di bawah payung pendidikan harus dicontohi semua mahasiswa kerana menunjukkan dalam dunia pendidikan, siapa pun mampu bekerjasama ditambah pula sesuatu yang dilaksanakan itu memberi manfaat kepada masyarakat.

Dalam pada itu, wakil KV Tanjung Puteri, Ali Redza yang juga Timbalan Pengarah Sokongan Akademik menyifatkan kerjasama tersebut sebagai sesuatu yang mengujakan.

Katanya, mereka dapat mendedahkan pelajar dengan sumbangan kepada masyarakat sambil merapatkan ukhuwah dengan pelajar UiTM serta penduduk Kampung Pasir Putih.

Beliau berharap program itu diteruskan dan mereka tidak keberatan turut serta jika keadaan mengizinkan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya