Tukang jahit kusyen raih pendapatan RM10,000 sebulan

Tukang jahit kusyen raih pendapatan RM10,000 sebulan

FAZHILAWATI Mohd. Seman menunjukkan kusyen yang telah siap dijahit di rumahnya di Kampung Padang Luas, Besut, semalam. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang tukang jahit mampu menjana pendapatan mencecah RM10,000 sebulan selepas menerima banyak tempahan menjahit sarung kusyen ketika musim perayaan Krismas.

Fazhilawati Mohd. Seman, 41, berkata, peningkatan tempahan ketika waktu perayaan meningkat sehingga 50 set kusyen sebulan berbanding 12 set bagi bulan biasa.

“Jahit sarung kusyen ini jarang dilakukan berbanding jahit baju, kerana tempahannya kurang berbanding menjahit baju yang sentiasa menerima tempahan sepanjang masa.

“Manakala macam kusyen ini permintaannya bergantung kepada keperluan semasa, yang mana orang ramai akan menukarnya satu atau dua kali sahaja setahun,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Padang Luas, di sini, semalam.

Jelas ibu tunggal itu lagi, berbekalkan pengalaman menjahit sarung kusyen di sebuah kedai sebelum ini serta minat, dia mengambil risiko berhenti kerja dan menjalankan perniagaan secara bersendirian di kediamannya sejak lima tahun lalu.

Katanya dia tidak menyangka khidmat yang ditawarkan mendapat sambutan yang memberangsang dan kini mempunyai pelanggan tetap.

“Khidmat menjahit kusyen ini saya tawarkan secara atas talian dimana pelanggan akan memberikan contoh atau ukuran mengikut jenis kerusi yang dimiliki untuk saya jahit.

“Bagi pelanggan yang tinggal di sekitar Terengganu saya akan ke kediaman mereka untuk mengambil ukuran kerusi atau sofa pelanggan, ini kerana saya amat mementingkan kualiti hasil kerja demi kepuasan mereka yang mendapatkan khidmat saya,” katanya.

Menurut Fazhilawati, dia menawarkan harga serendah RM48 sehingga RM2,000 mengikut saiz dan jenis kusyen yang ditempah.

Tambahnya, pelanggan yang berada di luar negeri seperti Selangor, Johor, Kelantan dan lain-lain, dia menggunakan khidmat penghantaran untuk menghantar kusyen yang ditempah mereka.

Fazhilawati berkata, kusyen yang dijahitnya bukan hanya mendapat tempahan daripada masyarakat Melayu malah turut menerima permintaan daripada kaum Cina dan India dari seluruh negara.

Dalam pada itu, tambahnya, dia bercita-cita untuk membesarkan perniagaan yang dijalankan dan membuka bengkel jahitan kusyen sendiri pada masa hadapan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya