Trauma dan serik dengan perkahwinan - Nadia Annuar - Utusan Malaysia

Trauma dan serik dengan perkahwinan – Nadia Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Serik? Ya sebab sudah dua kali perkahwinan saya gagal.”

Demikian jawapan pengacara, Nadia Annuar selepas ditanya adakah dia terbuka untuk mendirikan rumah tangga selepas bercerai awal tahun ini.

Kongsi Nadia, dua kali gagal dalam perkahwinan membuatkan dia berhati-hati dan mengajar diri sendiri untuk menjadi lebih matang dalam merencana hidup.

“Trauma sebenarnya, yelah bukan sekali tetapi dua kali. Tetapi saya bukan menyalahkan sesiapa. Mungkin itu yang sudah tertulis untuk saya.

“Dalam pada masa sama, saya bukan jenis wanita yang boleh berkahwin dan bercerai, kemudian bernikah lain dalam tempoh yang dekat.

“Saya bercakap untuk diri sendiri, bukan orang lain. Saya sendiri seorang yang sukar membuka hati apatah lagi mempercayai orang lain,” ujarnya.

Nadia ditemui ketika majlis pelancaran butik baharu jenama fesyen tempatan, Mimpi Kita di The Exchange TRX, baru-baru ini.

Mengakui belum bersedia untuk mengenali sesiapa, bekas pengacara Wanita Hari Ini Itu turut mendedahkan ramai lelaki cuba mendekati selepas dia kembali solo.

Namun mengenali dirinya sendiri, Nadia tidak mudah membuka hati dan mengambil masa lama sebelum membuat keputusan untuk kembali dalam sesebuah perhubungan.

“Tipulah kalau tidak ada yang mendekati, memang ada. Tetapi itulah, saya bukan jenis selalu bersosial atau mudah untuk menjalin persahabatan serta bergaul dengan individu tidak dikenali.

“Kalau orang tanya saya bersedia atau tidak untuk bernikah lain, mungkin akan ambil masa sangat lama untuk membuka hati. Mungkin enam, tujuh tahun.

“Bukan tutup sepenuhnya tetapi buat masa sekarang, hati masih lagi terluka dan terkesan perceraian baru-baru ini,” kongsinya.

Terdahulu, selepas beberapa mendiamkan diri, Nadia mengesahkan ikatan perkahwinan selama lapan tahun dengan usahawan, Hafiz Salleh terlerai sekitar awal tahun ini.

Hasil perkahwinan dengan Hafiz, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Dya Naylaa kini berusia 7 tahun.

Sebelum itu, anak kepada usahawan popular, Zaiton Hassan itu pernah berkahwin bersama Datuk Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyas dan bercerai pada Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin, 16. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya