TPM seru pelajar aliran agama sertai TVET

TPM seru pelajar aliran agama sertai TVET

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pelajar aliran agama perlu memanfaatkan jurusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan untuk menyambung pelajaran setelah tamat persekolahan kelak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bidang TVET bukan lagi pilihan kedua untuk menyambung pelajaran.

Kata beliau, graduan dalam aliran TVET kini mempunyai potensi besar untuk menjadi tenaga mahir dalam pelbagai bidang yang mampu menjanjikan pendapatan dan taraf kehidupan lebih baik.

“Sebaik dilantik sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya telah menaik taraf pendidikan TVET dengan mewujudkan kolaborasi di antara institusi TVET tempatan dengan lebih 200 pemain industri. Kita juga telah berjaya mewujudkan sistem permohonan TVET baharu yang dikenali sebagai ‘UP_TVET’ yang berfungsi seperti mana portal pengambilan pelajar Unit Pusat Universiti (UPU).

“Dalam masa yang singkat portal ini berjaya mencatatkan rekod permohonan pelajar mengikuti aliran TVET seramai 62,000 orang daripada hanya 15,000 penawaran. Jadi, kalau ada pelajar di sini ingin memohon aliran TVET ia sangat mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian sahaja,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Imtiaz Ulul Albab 2023 di sini, hari ini.

AB. RAUF Yusoh (kiri) menyampaikan anugerah pada Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Imtiaz Ulul Albab 2023 di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka.

Teks ucapan Ahmad Zahid dibacakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Tambah Ahmad Zahid, antara keberhasilan Majlis TVET Negara adalah mentransformasi bidang TVET ke arah melahirkan tenaga mahir warga tempatan bagi memenuhi keperluan industri negara.

Menurutnya, melalui majlis itu juga Sekretariat TVET telah ditubuhkan bagi menyelaraskan program dan kursus di 1,344 institusi TVET seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya