TOPI penting apabila anda bercuti pada musim panas. Ia dapat melindungi wajah daripada sinar ultra ungu yang berisiko menyebabkan jeragat pada wajah.
Topi jenis lebar boleh menambah gaya kewanitaan selain sesuai digayakan dengan gaun atau seluar berpotongan santai.
Topi sportif atau cap sesuai untuk gaya aktif. Padankan cap dengan jeans atau skirt untuk kelihatan santai.
Bagi memastikan bentuk topi atau cap tidak rosak, sebaiknya anda terus pakai atau bawa dengan tangan berbanding memasukkannya ke dalam beg. Topi juga boleh diikat pada bahagian tepi beg.
Formula mudah apabila bercuti adalah membawa barang keperluan secara minimal. Pastikan anda mengemas dalam keadaan tenang supaya dapat berfikir secara waras untuk memilih barang penting saja. Selamat bercuti!