PETALING JAYA: Sebanyak tiga Menteri UMNO bertukar portfolio dalam rombakan Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini Menteri Pertahanan bertukar sebagai Menteri Luar.
Kekosongan yang ditinggalkan Mohamad diisi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebelum ini Menteri Pendidikan Tinggi.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula bertanggungjawab di Kementerian Pendidikan Tinggi.
Seorang lagi Naib Presiden iaitu Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi. – UTUSAN