Tiket Konsert Simfoni Kesyukuran 2.0 masih dijual - Utusan Malaysia

Tiket Konsert Simfoni Kesyukuran 2.0 masih dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang tidak berkesempatan membeli tiket Konsert Simfoni Kesyukuran 2.0 masih berpeluang berbuat demikian hari ini.

Ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz ketika dihubungi memaklumkan, tiket masih dijual di kaunter yang disediakan di Zepp KL untuk pembeli saat akhir.

“Penganjur telah menyediakan lebihan tempat duduk bagi pembeli saat akhir. Jumlahnya disesuaikan dengan kapasiti Zepp KL.

“Apa pun, diharapkan peminat segera membuat pembelian sebelum tiket kehabisan,” kongsinya.

Konsert Simfoni Kesyukuran 2.0 yang bakal berlangsung malam ini menampilkan kumpulan Rabbani, Zizi Kirana, Mawi, Adeep Nahar dan Aeydan.

Persembahan malam ini akan diiringi Orkes Melayu Yayasan Warisan Johor.

Kata Azadan, konsert tersebut, yang dianjurkan bersama Intermedia Production Sdn. Bhd. dan Rabbani Empire Resources adalah solidariti dan sebahagian usaha berterusan untuk memberi kesedaran tentang keadaan di Palestin.

“Kita fokus kepada pembangunan jiwa masyarakat di Malaysia berkenaan isu Palestin. Kita tak mampu ke sana.

“Kita di sini perlu pasang niat, laksanakan program untuk sokongan moral, tidak sekadar melaungkan slogan atau penentangan terhadap Israel.

“Kita nak terus semarakkan solidariti,” kongsinya lagi.

Hubungi urusetia di talian 01158505179 untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN