Tiket konsert ‘Here Comes the Sun Eater’ laju terjual, bawa artis dua negara - Utusan Malaysia

Tiket konsert ‘Here Comes the Sun Eater’ laju terjual, bawa artis dua negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiket konsert yang meraikan dunia muzik alternatif dari dua negara, Here Comes the Sun Eater (HCTSE), sudah terjual sehingga 80 peratus.

Menurut pengarah konsert, Mohd Farriz Izzuan, peminat masih berkesempatan merebut baki tiket sebelum konsert berlangsung pada Ahad ini di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert yang bakal bermula pada pukul 6:30 petang itu akan menampilan artis terkenal muzik alternatif Indonesia seperti Hindia, Feast, Mantra Vutura dan band Midnight Fusic dari Malaysia.

“Setakat ini, jualan tiket telah pun mencapai 80 peratus.

“Kami berharap peminat boleh rebut peluang ini untuk menyaksikan penampilan hebat mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sun Eater yang merupakan syarikat hibrid muzik hiburan Indonesia buat pertama kalinya menjalinkan kerjasama dengan Tapau Asia, sebuah penganjur festival indie Malaysia untuk menghimpunkan pemuzik berbakat dari dua negara.

“Kerjasama begini belum pernah terjadi sebelum ini.

“HCTSE bukan sekadar konsert tapi perayaan perpaduan budaya muzik Indonesia dan Malaysia,” tambah Farriz.

Tiket dijual bermula dari harga RM180 di www.TAPAUtix.asia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya