Tiga rakan subahat kes culik ditahan, reman 4 hari

Tiga rakan subahat kes culik ditahan, reman 4 hari

TIGA rakan subahat (tiga belakang) kes culik kanak-kanak berusia 7 tahun pada 12 Disember lalu ditahan reman selama 4 hari bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga suspek yang diburu polis kerana bersubahat untuk menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun di bandar raya ini pada 12 Disember lalu, berjaya ditahan semalam.

Ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 15, 17 dan 18 tahun itu dikenakan tahanan reman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret, Nur Fatin Mohamad Farid.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ketiga-tiga suspek itu ditahan di Pontian, kira-kira pukul 5.40 petang.

Terdahulu, beliau memaklumkan telah menahan suspek utama penculikan tersebut yang merupakan seorang mekanik kenderaan berusia 41 tahun.

“Suspek utama merupakan rakan kongsi perniagaan kepada bapa kanak-kanak yang diculik, tujuan penculikan itu adalah bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM300,000.

“Cubaan menculik itu bagaimanapun gagal apabila bapa mangsa, seorang warga China yang mempunyai taraf penduduk tetap Singapura berjaya menghalang perkara tersebut.

“Bapa mangsa bagaimanapun mengalami kecederaan parah khususnya di bahagian muka akibat insiden itu,” katanya.

Tambah Raub, suspek utama telah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, kelmarin mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Semalam, akhbar ini melaporkan bapa kanak-kanak tersebut bertindak mengejar kenderaan dinaiki suspek yang menculik anaknya sebelum merempuh kenderaan itu menggunakan kenderaannya menyebabkan dia mengalami kecederaan.

Suspek terus cuba melarikan diri sebelum bapa mangsa menemukan kenderaan suspek ditinggalkan di tepi jalan kira-kira tiga kilometer daripada lokasi kejadian dia merempuh kenderaan tersebut.

Dia kemudian menemukan anaknya berseorangan di dalam kenderaan tersebut, manakala kesemua suspek telah melarikan diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN