Tiga polis ditahan kes curi wang RM85,000 semasa op khas PATI

Tiga polis ditahan kes curi wang RM85,000 semasa op khas PATI

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga anggota polis ditahan polis dipercayai terlibat kes kecurian wang tunai berjumlah RM85,000 dalam operasi khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lebuh Pudu dekat sini Khamis lalu.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan pada 12.36 tengah malam pada 22 Disember lalu berkaitan kehilangan wang tersebut. 

Susulan itu, katanya, seramai tiga anggota polis berusia lingkungan 26 tahun hingga 35 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut ditahan.

“Kesemua mereka direman selama empat hari bermula hari ini hingga lusa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Allaudeen, pihak polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan kes tersebut. 

Justeru, orang awam juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan sebarang kegusaran awam.

Semalam, tular laporan polis berkaitan kes kehilangan wang RM85,000 didakwa dicuri anggota polis yang terlibat dalam operasi tersebut daripada sebuah premis di Lebuh Pudu dekat sini. 

Laporan itu menyatakan pemilik premis iaitu warga tempatan berusia 36 tahun mendakwa semasa berada di kedainya pada 21 Disember lalu mendapati wang tunai hasil jualan milik syarikat berjumlah RM85,000 yang disimpan dalam almari telah hilang. 

Laporan itu mendakwa pemilik premis kemudiannya membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis mendapati tiga lelaki berpakaian celoreng polis memasuki premisnya.

Melalui penelitian CCTV turut memaparkan kelibat ketiga-tiga lelaki memasuki premis tersebut dan melakukan penggeledahan.

Laporan mendakwa, soal siasat awal kepada ketiga-tiga mereka mengaku mengambil duit tersebut di dalam almari. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya