Tiga kilang terbakar, seorang melecur di tangan

Tiga kilang terbakar, seorang melecur di tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang mangsa melecur di tangan selepas tiga kilang musnah dalam kebakaran di Jalan Perusahaan 2, Kawasan Perusahaan Batu Caves, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden kebakaran yang turut membabitkan kilang cat.

“Sejurus selepas menerima laporan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang ke lokasi kejadian.

“Bantuan turut diterima daripada BBP Wangsa Maju, Rawang, Damansara, Sungai Buloh, Hang Tuah dan Ampang dalam usaha mempercepat proses memadam kebakaran membabitkan tiga kilang.

“Kebakaran dikawal kira-kira pukul 1 petang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal yang diterima, kebakaran terbabit bermula di kilang cat sebelum api merebak ke kilang berhampiran.

“Kilang cat musnah hampir 90 peratus, kilang alat ganti musnah 20 peratus dan kilang pembungkusan musnah 20 peratus,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya