Tidak pernah rasa dengki kepada Shila, malah bangga - Syada Amzah

Tidak pernah rasa dengki kepada Shila, malah bangga – Syada Amzah

WARGANET kerap membandingkan nyanyian Syada Amzah dengan kakaknya, Shila Amzah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Syada Amzah, tidak tersinggung apabila cara nyanyiannya kerap dibandingkan dengan kakaknya, Shila Amzah.

Menurut peserta Big Stage musim kedua itu lagi, dia bangga mengakui Shila Amzah adalah kakak sekali gus idolanya dalam bidang nyanyian.

“Ya, dia merupakan idola saya dalam bidang nyanyian. Saya bersyukur kerana kami mempunyai pertalian darah.

“Alhamdulillah, tiada kata-kata daripada awak boleh menyinggung perasaan saya,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Penyanyi Hasrat itu juga menegaskan tidak pernah rasa dengki terhadap kejayaan yang diraih Shila selama ini.

“Tiada secebis pun rasa iri hati pada kakak saya, hanya masa yang ibu dan ayah luangkan untuknya dan tinggalkan saya dan adik beradik lain ketika masih bersekolah.

“Selain itu, bukan rasa cemburu sebaliknya saya rasa bangga sebab dapat kakak sehebat itu,” katanya ketika membalas sebuah komen daripada warganet.

Tidak hanya cara nyanyian, Syada turut mengakui sering mendapat kecaman baik dari segi pakaian mahupun warna gigi.

“Ada kata baju saya nampak seperti 90-an, ya saya kongsi baju dengan ibu.

“Gigi berkarang, kuning? ya saya ada flurosis akibat terlalu kerap gosok gigi.

“Bukan riak cuma setidaknya saya tahu diri tidak sempurna,” tambahnya.

Sebelum ini, Syada kerap memuat naik video nyanyian lagu-lagu saduran seperti Pangako Sa ‘Yo, Mirai E, Shinunoga E-wa dan Kalam Eneih.

Nyanyiannya menerima respons yang pelbagai daripada warganet baik memuji mahupun mengatakan suaranya tidak setanding kakaknya, Shila Amzah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya