Tidak mustahil Affandi dilantik anggotai Kabinet - Utusan Malaysia

Tidak mustahil Affandi dilantik anggotai Kabinet

AZMI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak mustahil bakal dilantik dalam Kabinet baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Sabtu ini.

Pakar geostrategik, Prof. Dr. Azmi Hassan berkata, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu mempunyai latar belakang profesional  iaitu selari dengan apa yang dikehendaki oleh Perdana Menteri.

“Jika Raja Mohamed Affandi menang, besar kemungkinan Perdana Menteri akan melantiknya ke satu jawatan penting kerana beliau dilihat sebagai seorang profesional.

“Pada masa yang sama, Perdana Menteri mengalu-alukan seorang profesional untuk menduduki bukan sahaja dalam Kabinet tetapi juga dalam jawatankuasa tertentu supaya tatakelola akan menjadi lebih efisyen,” katanya dalam kenyataan di sini,  hari ini.

Semalam, Anwar memberi bayangan, akan memberikan jawatan penting kepada Raja Mohamed Affandi jika beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini.

Perdana Menteri berkata, Raja Mogamed Affandi mempunyai rekod yang sangat cemerlang dalam perkhidmatan sebagai Panglima ATM sebelum ini dan peluang itu tidak harus disia-siakan.

“Saya harap dengan kedudukan beliau, sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Mohamad Sabu (Presiden Parti Amanah Negara) tadi, saya percaya kalau dia jadi ahli parlimen, takkan nak jadi yang biasa.

“Sudah tentu kita bagi tugas supaya hubungan (Kemaman) dengan kerajaan Perdana Menteri baik. Ingat saudara, kita pastikan kemenangan Barisan Nasional,” kata Anwar dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman di Geliga, Rabu lalu.

Azmi berkata, pemilihan Raja Mohamed Affandi sebagai calon BN dalam PRK Kemaman penting bukan sahaja kredibilitinya sebagai bekas Panglima ATM tetapi juga kerana beliau tidak terkait dengan politik UMNO.

“Itu penting kerana mungkin rakyat Terengganu was-was untuk mengundi UMNO kerana konon masalah parti itu sendiri.

“Sebab itu mencalonkan orang bukan politik akan memberi manfaat terhadap UMNO serta Perdana Menteri dalam mengurus tadbir negara,” katanya.

Azmi berharap pengundi Kemaman dapat membuat keputusan yang tepat kerana apa juga keputusan Sabtu ini, Terengganu akan tetap sebagai nehgeri pembangkang di peringkat nasional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya