Tidak berdendam, tapi Allah sudah beri kifarah kepadanya - Arash Mohamad - Utusan Malaysia

Tidak berdendam, tapi Allah sudah beri kifarah kepadanya – Arash Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mendedahkan pernah dipergunakan selama lima tahun oleh sebuah syarikat, pelakon, Arash Mohamad kini lebih berhati-hati berurusan atau menerima tawaran sebagai duta.

Menurut Arash, 54, dia bukan ditipu atau dianiaya, namun terdapat pihak yang menggunakan namanya sebagai duta untuk menjalankan cara perniagaan yang bertentangan dengan prinsip pelakon itu.

“Selama ini ramai yang sudah memberitahu mengenai sikap dan perangai individu ini. Namun ketika itu saya rasa dia sangat baik dan enggan menghiraukan kata-kata itu.

“Namun selepas lima tahun menjadi duta syarikat itu, mereka ada melakukan sesuatu yang tidak mahu saya jelaskan secara terperinci, namun cukuplah jika anda tahu ia bertentangan dengan prinsip saya,” katanya.

Arash ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana dan sidang media filem Dalang, semalam.

Dedah Arash lagi, dia tidak menyimpan dendam apalagi individu dan syarikat berkenaan sudah mendapat balasan yang setimpal.

“Saya tidak berdendam sebab sepanjang berurusan dengan mereka, saya dapat menumpang rezeki.

“Saya hanya anggap saya dipergunakan dan mereka pun sudah mendapat kifarah daripada perbuatan mereka.

“Allah tak beri Kifarah on the spot, tapi Dia beri perlahan-lahan agar kita ada masa untuk sedar,” katanya.

Mengakui banyak kes membabitkan aktiviti penipuan dalam talian, Arash menasihati golongan selebriti agar berhati-hati kerana mereka sering menjadi tumpuan individu tidak bertanggungjawab.

“Ramai yang mahu mengambil ambil kesempatan terutama bagi golongan selebriti. Pesan saya, jika ada tawaran semaklah betul-betul kerana kadanglala mereka hanya tahu berjanji namun lain pula hasilnya.

“Contohnya ada yang kata nak guna wajah kita untuk kempen dua minggu tapi mereka guna sehingga setahun. Namun bayaran tetap dengan harga dua minggu itu.

“Selain itu, jangan libatkan diri langsung dengan sebarang iklan atau group pelaburan di Telegram. Jika mahu melabur pergilah ke bank,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN