Tiada keperluan rombak Exco Perak

Tiada keperluan rombak barisan Exco Perak

SAARANI Mohamad (tengah) bersama wakil syarikat milik kerajaan negeri yang memberi sumbangan Insiatif Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, semalam - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Selepas setahun membentuk barisan Exco negeri, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berpuas hati dengan barisan pentadbiran tanpa memerlukan sebarang rombakan.

Sehubungan itu, katanya, setakat ini beliau tidak fikir ada keperluan untuk membuat sebarang rombakan terhadap barisan Exco tersebut.

“Kita sudah setahun, dalam tempoh ini pada saya tiada masalah timbul. Jadi kerana itu saya tidak akan cuba membuka ruang untuk masalah baharu,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Makanan Percuma di bawah Inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani di sini, semalam.

Sementara itu, Saarani berkata, tiada sesiapa merujuk atau memaklumkan kepadanya berkenaan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang negeri mahu memberi sokongan terhadap pentadbirannya.

“Apabila ADUN Hulu Kinta mengumumkan dalam Dewan Negeri, dia kena bertanggungjawab atas kenyataan itu,” katanya.

Terdahulu, ADUN PKR, Muhamad Arafat Varisai Mahamad mendakwa, ada ADUN PN yang mahu menyatakan hasrat menyokong pentadbiran Kerajaan Perpaduan negeri.

Mengenai Inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani (TCS), beliau berkata, ia dijangka memberi manfaat kepada 26,628 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) daripada 238 buah sekolah seluruh Perak.

Beliau berkata, program Bantuan Makanan Percuma di bawah inisiatif TCS yang sudah masuk tahun ketiga pelaksanaannya memanfaatkan kira-kira 200,000 pelajar.

Katanya, pelajar terlibat akan menerima makanan tengahari RM5 seorang selama 20 hari semasa sesi kelas tambahan, kelas intensif dan tuisyen bermula dari cuti penggal ketiga sesi 2023/2024 sehingga ke tarikh peperiksaan yang dijadual berakhir pada Mac 2024.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 2021, program ini membantu peningkatan tahap pencapaian murid dalam semua peperiksaan awam di sekolah-sekolah yang terlibat dan membantu merapatkan jurang pencapaian di antara sekolah bandar dan luar bandar,” katanya.

Sumbangan diberikan oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Lembaga Air Perak, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Perbadanan Menteri Besar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya