Terus tuntut ilmu walau sudah tamat pengajian - Utusan Malaysia

Terus tuntut ilmu walau sudah tamat pengajian

Ilmu
TENGKU Sarafudin Badlishah (tengah) dan Mohd. Shukri Ab. Yajid (kanan) bergambar bersama sebahagian graduan yang bergraduasi pada Majlis Konvokesyen MSU ke-32 di MSU, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Graduan dinasihat supaya terus mencari ilmu dan meningkatkan pengetahuan meskipun sudah berada dalam dunia pekerjaan.

Canselor Management and Science University (MSU), Tengku Sarafudin Badlishah bertitah, ilmu baharu penting untuk mendepani dunia pekerjaan yang kian mencabar walaupun bidangnya masih sama.

“Meskipun sudah menamatkan pengajian tinggi, saya menasihati para graduan untuk terus bergelar lifelong learner dengan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

“Pengajian yang semakin mudah untuk diakses pada masa kini secara formal atau tidak formal dapat menjadikan graduan lebih kompetitif dan berdaya saing (dalam dunia pekerjaan),” titahnya dalam Majlis Konvokesyen MSU ke-32.

Seramai 2,531 orang graduan daripada 118 buah program pengajian yang bergraduasi pada konvokesyen kali ini.

Dalam pada itu, baginda yang merupakan Raja Muda Kedah memuji MSU kerana melakukan transformasi terhadap sistem pengajiannya bagi memastikan graduan yang dihasilkan universiti  berkenaan mengikut ketetapan yang diperlukan pihak syarikat, dengan harapan graduan universiti mudah mendapat pekerjaan.

“Saya dimaklumkan bahawa MSU telah memperkukuh keboleh pasaran graduan dengan memastikan pencapaian yang ditetapkan iaitu melahirkan graduan yang ‘holistik, balance and well-rounded’.

“Saya juga berbangga dengan komitmen MSU memberikan pengukuhan kepada agenda keusahawanan dengan meneroka pendekatan baharu dengan mengalakkan ekosistem keusahawanan yang kondusif, terancang dan holistik,” titahya lagi.

Sementara itu, Presiden MSU, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid berkata, MSU kini mahu memperkasakan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selaras dengan agenda kerajaan yang mahu memperkasakan aliran pembelajaran tersebut.

Justeru itu menurutnya, universiti merancang untuk bekerjasama dengan lebih banyak syarikat yang berkaitan TVET supaya pelajar MSU mendapat ilmu secara langsung bagi memantapkan skil mereka ketika dunia pekerjaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya