‘Terpaling’ jujur dalam berkarya - Natasha Saas - Utusan Malaysia

‘Terpaling’ jujur dalam berkarya – Natasha Saas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA usia 23 tahun, Natasha Saas mampu menarik nafas lega apabila album sulungnya, Still Standing dilancarkan, baru-baru ini. 

Album berkenaan hadiah paling bermakna buat wanita berdarah kacukan Melayu Jerman yang sebelum ini berhempas pulas membina jenama muziknya sendiri. 

Still Standing memuatkan lima lagu, menceritakan pengalaman peribadi Natasha, jatuh bangun sebagai anak seni.

“Saya mahu menjadi orang yang ‘terpaling jujur’ dalam berkarya. Yang saya mahukan untuk album ini adalah cerita, tentang persahabatan dan kehidupan. 

“Tema yang saya pilih sesuai dengan tajuknya. Sarat cerita, bukan album yang kosong,” katanya dalam sidang media baru-baru ini. 

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini juga ditulis dan dihasilkan Natasha sendiri. Ia memuatkan lagu balada dan pop seperti Memory, Lost Love, Manusia, Love Myself Instead dan Round and Around. 

Kata Natasha lagi, album tersebut juga adalah rangkuman pengalaman seni dan ilmu yang dikumpul sejak lapan tahun lalu. 

“Album ini simbol kematangan. Saya melangkah ke dunia nyanyian pada usia 16 tahun, bermula bawah pada umur sangat muda. 

“Saya kumpul ilmu dan pengalaman, lama kelamaan kerjaya saya semakin berkembang. 

“Saya tak mahu tergesa-gesa, tiada individu yang hari ini jadi penyanyi esok dan jadi bintang. Ada proses pembelajaran yang setiap penyanyi itu lalui. Sebab itu, baru hari ini saya keluarkan album,” jelasnya.

MAHIR TIGA BAHASA

Pengalaman bergelar penyanyi di Jerman pada usia belasan tahun sebenarnya mematangkan Natasha. Berkongsi kisah, pelajar bidang psikologi di SEGI University & College ini bercerita tentang pengalaman berkelana di negara orang pada usia yang amat muda. 

“Saya pernah terbitkan tiga lagu dalam bahasa Jerman dan ada antaranya sempat saya promosikan di stesen radio dan televisyen di sana. 

“Jujur, industri muzik di Jerman tidak banyak beza dengan kita di sini. Muzik popular di sana lain dengan kita di Malaysia. 

“Insya-Allah, kalau diberi kesempatan, saya mahu promosikan album pertama saya di Jerman dan Filipina,” kongsinya.

Natasha juga bersyukur kerana didedahkan dengan pelbagai bahasa sejak usia kecilnya. Katanya, dia anggap kemahiran pelbagai bahasa satu kelebihan menguntungkan. 

“Saya bersyukur mahir bahasa Melayu, Inggeris dan Jerman. Secara tak langsung saya boleh cipta lagi dalam pelbagai bahasa. 

“Secara peribadi, jati diri Melayu dan Jerman saya kuat. Saya suka makan petai dan cili padi. Yang penting, saya bersyukur dilahirkan Islam,” kongsinya lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya