Terima kasih kerana pernah menghiburkan Malaysia - PM

Terima kasih kerana pernah menghiburkan Malaysia – PM

ALLAHYARHAM M. DAUD KILAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Terima kasih kerana pernah menghiburkan masyarakat di Malaysia dan menjadi antara permata tanah air.”

Demikian reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap berita pemergian penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau ke Rahmatullah, semalam.

Kata Anwar, beliau mendoakan agar Allahyarham diampunkan dan rohnya diberi tempat yang terbaik di sisinya.

“Semoga Allah kurniakan kesabaran tingkat tinggi kepada keluarganya,” tulis dalam Facebook beliau.

Penyanyi veteran itu meninggal dunia semalam di Hospital Teluk Intan, Perak.

Perkara itu disahkan anaknya, Ahmad Zailani yang memberitahu bapanya meninggal dunia pada pukul 4.46 petang.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni tanah air apabila Daud Kilau merupakan seorang penghibur yang cukup berbakat dan berjiwa besar.

Beliau berkata, sebagai anak Jati Bagan Datuk, karya seni penyanyi itu bukan sahaja menjadi kebanggaan masyarakat di sini tetapi juga di seluruh negara.

“Kehilangan beliau adalah suatu yang mengejutkan dan tiada gantinya,” katanya.

Daud Kilau, 85, sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya