Terengganu teruskan bacaan Qunut Nazilah solat Jumaat - Utusan Malaysia

Terengganu teruskan bacaan Qunut Nazilah solat Jumaat

M ROZI BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu akan meneruskan bacaan Qunut Nazilah di semua masjid setiap kali solat Jumaat dan disertakan solat hajat sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin dalam berdepan kekejaman rejim Zionis ketika ini.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin berkata, bacaan qunut Nazilah yang telah dimulakan sejak 10 November lalu tidak akan dihentikan di negeri ini.

Menurutnya, umat Islam perlu memperbanyakkan doa memohon kepada Allah agar diberikan keselamatan dan kesejahteraan kepada rakyat Palestin yang kini berdepan pelbagai penindasan.

“Arahan yang dimulakan sejak bulan lalu masih berterusan hingga sekarang, tiada sebarang perubahan melainkan ada arahan baru dikeluarkan mengikut keperluan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Baru-baru ini, seluruh masjid di Pahang telah diarahkan menghentikan sementara doa Qunut Nazilah ketika solat fardu kepada penduduk Palestin.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Othman dilaporkan berkata, ia selaras dengan sunnah Rasulullah SAW yang hanya mengamalkan doa tersebut selama sebulan.

Setakat ini, jumlah kematian akibat serangan berterusan rejim penjajah Israel yang semakin meningkat di Semenanjung Gaza melonjak kepada sekurang-kurangnya 17,700 orang awam sejak 7 Oktober lalu.

Selain itu, lebih 49,300 lagi cedera dalam serangan rejim zionis terhadap Palestin.

Menurut Agensi Berita Palestin WAFA, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, jumlah kematian di Tebing Barat juga meningkat kepada 274 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya