TECNO Malaysia lancar TECNO SPARK 20

TECNO Malaysia lancar TECNO SPARK 20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TECNO Malaysia melancarkan sebuah telefon pintar permainan mampu milik iaitu TECNO SPARK 20 yang merupakan telefon pintar prestasi permainan terbaik peringkat permulaan.

Harga jualan TECNO SPARK 20 di Malaysia adalah pada tanda harga RM499 dengan dua pilihan warna disediakan yang meliputi Gravity Black dan Cyber White

TECNO SPARK 20 dilengkapi memori besar iaitu sebanyak 256GB ROM + 16GB RAM dan pengembangan RAM maya sehingga 8GB tambahan untuk memudahkan urusan penyimpanan storan selain penggunaan yang lancar.

Dengan menggunakan cipset G85 dan dilengkapi skrin LCD 6.6-inci beresolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz, pengalaman bermain permainan video pada TECNO SPARK 20 jauh lebih lancar dan menyeronokkan dengan aksi yang lancar tanpa lag.

Di samping itu, TECNO SPARK 20 yang terkini didatangkan kapasiti bateri besar iaitu sebanyak 5000mAh dengan pengecasan 18W untuk kegunaan sepanjang hari menjadikannya telefon pintar permainan utama pengguna.

Selain itu, TECNO SPARK 20 juga hadir dengan 32MP Glowing Selfie (swafoto bercahaya) dengan tiga mod cahaya iaitu 32MP Glowing Selfie dengan bantuan AI portrait repair algorithm dan kilatan cahaya suhu dua warna (Dual Colour Temperature Flash) untuk pengguna mengawal kesan pencahayaan semasa mengambil gambar.

Turut hadir ialah penderia cap jari yang dipasang di sisi, pembesar suara stereo dwi, ​​bicu fon kepala 3.5mm, penyambung USB-C dan Android 13 melalui platform HiOS 13 jenama TECNO.

Jika berminat dengan TECNO SPARK 20, anda boleh layari Facebook, https://www.facebook.com/TECNOMobileMalaysia (TECNO Mobile Malaysia); Instagram, https://www.instagram.com/tecnomalaysia/ (tecnomalaysia); dan TikTok, https://www.tiktok.com/@tecnomalaysia (tecnomalaysia).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya