SEBUAH teater tradisi daripada wang tepus, Kedah, mek mulung melakar sejarah selepas berjaya dipilih dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara yang Memerlukan Perlindungan Segera, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Pengarah Teater Mek Mulung, Saipol Bahari Md. Iman berkata, penyenaraian yang cukup berprestij itu diputuskan semasa sesi ke-18 Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Pemuliharaan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara (IGC ICH) yang diadakan di Kasane, Bostwana.
“Secara tradisinya, pengetahuan dan kemahiran berkaitan mek mulung diturunkan secara lisan oleh pengamal kepada anak-anak mereka.
“Pada masa kini, tradisi mek mulung disebarkan di institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti, selain seminar, bengkel, forum dan festival dan perayaan kebudayaan,” katanya. –UTUSAN