Taylor Swift, Selena Gomez kumpul dana untuk penduduk Gaza - Utusan Malaysia

Taylor Swift, Selena Gomez kumpul dana untuk penduduk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BROOKLYN: Selebriti berpengaruh dunia, Taylor Swift dan Selena Gomez masing-masing menghadiri persembahan komediri untuk mengumpul dana bagi penduduk Gaza.

Acara tersebut dikendalikan pelakon dan pengarah, Ramy Youssef di sebuah kelab komedi yang terletak di Brooklyn, New York pada Isnin (waktu tempatan).

Youssef yang juga kelahiran Amerika-Mesir memaklumkan acara yang dinamakan Ramy Youssef: more feelings itu dianjurkan bermula bulan lepas sehingga Februari tahun depan.

Bantuan dan dana akan disalurkan kepada badan bukan kerajaan American Near East Refugee Aid (ANERA).

Acara tersebut juga bakal diadakan di 10 lokasi di Amerika Syarikat (AS).

ANERA merupakan organisasi yang diwujudkan bagi membantu rakyat Palestin di AS . Mereka turut menyediakan latihan perguruan dan sekolah bagi rakyat Palestin dan Lubnan. Terkini, mereka juga menghulurkan bantuan kepada 18,000 penduduk Gaza yang menderita akibat kejahatan rejim zionis.

Selain Swift dan Gomez, pelakon siri drama terkenal The Queen’s Gambit, Anya Taylor-Joy turut hadir di acara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN