Tayar monorel terbakar, terjatuh di Jalan Tun Razak - Utusan Malaysia

Tayar monorel terbakar, terjatuh di Jalan Tun Razak

TAYAR monorel yang terbakar sebelum terjatuh di Jalan Tun Razak petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengguna jalan raya di Jalan Tun Razak dekat sini, cemas apabila tayar monorel terbakar sebelum terjatuh ketika melalui laluan Stesen Monorel Titiwangsa dekat sini, hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nooridzwan Mohamad Noor berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kejadian pada 12.57 tengah hari.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bersama sebuah jentera kemudian  ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi didapati terdapat tayar monorel terjatuh dan terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, anggota bomba kemudian menjalankan kerja pemadaman di lokasi kejadian.

Jelasnya, kebakaran kemudian dipadamkan menggunakan satu aliran daripada pam jentera.

“Kejadian bagaimanapun tidak membabitkan sebarang mangsa.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya