Tangani isu miskin bandar, jadi fokus Dr. Zaliha

Tangani isu miskin bandar, jadi fokus Dr. Zaliha

ZALIHA Mustafa (kiri) bergambar sebelum sesi Taklimat Khas Bersama Jabatan Wilayah Persekutuan dan Agensi di Menara Seri Wilayah, pUTRAJAYA. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu kemiskinan bandar, miskin tegar dan penjaja kecil akan menjadi fokus serta tumpuan utama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

Menurutnya, fokus itu penting bagi memastikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sentiasa maju dan sentosa dari sudut ekonomi dan pembangunan.

“Walaupun jumlah (miskin bandar) tak ramai tapi ia tetap penting untuk ditangani.

“Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan ke Labuan tempoh hari turut menekankan supaya Labuan dibangunkan dari segi ekonomi dan destinasi pelancongan.

“Saya yakin dengan kerja berpasukan daripada jabatan dan Insya-Allah kita akan maju ke depan,” katanya ketika ditemui media sebelum menghadiri taklimat bersama pegawai kanan Jabatan Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Katanya, agenda lain akan diberikan tumpuan termasuk isu pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Dr. Zaliha berkata, sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, beliau juga mahu tiga Wilayah Persekutuan diberi keutamaan khusus bertepatan usia Wilayah Persekutuan yang akan mencapai usia 50 tahun.

Sementara itu, katanya, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kepercayaan menerajui portfolio itu.

“Hari ini hari pertama saya di Wilayah Persekutuan. Ini cabaran baharu bagi saya dan akan menggalas tanggungjawab ini sebaik mungkin. Saya ambil tanggungjawab ini. Saya yakin dengan semangat kerja berpasukan di Jabatan Wilayah Persekutuan,” katanya.

Dr Zaliha yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Kesihatan antara nama yang terlibat di dalam rombakan kabinet baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya