Tanah runtuh: 7 kediaman Taman Wawasan diarah dikosongkan

Tanah runtuh: 7 kediaman Taman Wawasan diarah dikosongkan

KEJADIAN tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong, Selangor. - GAMBAR IHSAN SKUAD PANTAS MBSJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebanyak tujuh kediaman di Taman Wawasan, Puchong diarah untuk dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga susulan kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan.

Satu panggilan diterima pihak bomba memgenai kejadian itu kira-kira pukul 7.26 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, satu jentera dikejarkan ke lokasi dan mendapati terdapat runtuhan tanah di hadapan sebuah rumah.

Kata beliau, kejadian itu menyebabkan sebuah kenderaan terjejas, namun tidak membabitkan mangsa.

“Kita (bomba) mengeluarkan arahan bagi pengosongan tujuh rumah yang berhampiran dengan tanah runtuh kerana tanah runtuhan masih bergerak.

“Kerja-kerja pengosongan kini sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya