RANTAU PANJANG: Ratusan penduduk termasuk orang luar dari daerah ini menjadikan persimpangan lampu isyarat berhampiran stesen minyak Petronas di sini sebagai ‘taman tema air terbuka’ selepas kawasan itu ditenggelami banjir sejak kelmarin. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai mengambil kesempatan untuk bermain air selepas kawasan itu ditenggelami banjir sedalam 0.3 meter sehingga berlaku kesesakan di sepanjang laluan tersebut. Pada masa sama, peniaga turut mengambil kesempatan mencari rezeki dengan berniaga makanan ringan kepada penduduk dan pengunjung yang datang untuk bermain air. Seorang pengunjung, Hanis Najwa Mohamad, 30, berkata, dia datang membawa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya