Takut isteri marah Yusuf Bahrin minta pengarah hormat batas aurat

Takut isteri ‘marah’, Yusuf Bahrin minta pengarah hormat batas aurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah asal Korea Selatan, Lee Moon Ho, menghormati syarat yang ditetapkan pelakon Yusuf Bahrin, 31, untuk tidak menunjukkan aurat ketika menjayakan babak tidak berbaju dalam filem The Lord Musang King.

Yusuf yang membawa watak utama dalam filem tersebut gembira apabila Moon Ho memahami batas aurat yang perlu dijaganya sebagai seorang Muslim meskipun perlu beraksi tanpa pakaian depan kamera.

“Saya letakkan syarat agar tidak menunjukkan bahagian pusat hingga lutut. Saya merayu kepada penerbit agar hasrat itu disampaikan kepada pengarah dengan alasan takut isteri marah.

“Alhamdulillah syarat itu diterima sangat baik dan saya rasa sangat lega. Mereka menghormati permintaan itu dan memang hanya bahagian atas pusat sahaja yang dirakam semasa penggambaran. 

“Saya faham sekiranya babak itu dikritik penonton. Saya tidak mengatakan tindakan itu betul atau salah,” yang ditemui pada malam gala filem The Lord Musang King semalam. 

Menurutnya, dia akan memaklumkan dan meminta pendapat isteri yang juga penyanyi, Zizi Kirana sebelum melakonkan babak tersebut.

“Memang babak itu ditulis dalam skrip. Saya tidak mahu berdiam dan hanya membiarkan dia tahu sesudah filem itu ditayangkan nanti. 

“Kadang saya terlupa maklumkan isteri kalau terpegang pelakon semasa melakonkan babak ketika karakter dalam keadaan marah. Zizi akan tegur saya. Tapi adegan romantis, belai-belai memang saya tak buat,” katanya yang menurunkan berat sehingga 7 kilogram untuk filem ini. 

Membawakan watak Haikal, Yusuf mengakui puas melakonkan babak penuh emosi dan aksi menerusi filem pertamanya ini. 

“Watak yang lakonkan sebelum ini tak berat. Saya akui sangat penat sepanjang berlakon filem ini kerana ada banyak ‘take’ dalam satu satu babak. Kami juga mempunyai cabaran dari segi komunikasi di set. 

“Namun, inilah pengalaman berlakon dalam filem aksi dan saya terbuka untuk menerima tawaran seperti ini lagi. Sekarang pula saya sudah lakukan persediaan dengan sertai kelas seni pertahanan diri Muay Thai,” tambahnya.

The Lord Musang King bakal menemui penonton pada 21 Disember ini di pawagam. Turut sama menjayakan filem tersebut ialah Fimie Don, Jay Iswazir, Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN