Tak perlu hitam putih, secara hukum Islam kami sudah rujuk - Diana Danielle - Utusan Malaysia

Tak perlu hitam putih, secara hukum Islam kami sudah rujuk – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tak rasa itu satu keperluan. Itu hanya satu proses, tak perlu hitam putih.”

Demikian jawapan pelakon, Diana Danielle ketika diminta mengulas dakwaan dia dan suami, Farid Kamil belum mendaftarkan pengesahan rujuk yang berlaku 31 Ogos lalu.

Diana berkata, secara kaedah Islam, mereka telah sah rujuk semula sebagai suami isteri dan tidak melanggar mana-mana hukum.

“Apa keperluannya? Atas kertas sahaja pun, tak mengubah apa-apa. Itu hanya satu proses lain. Tak perlu hitam dan putih.

“Tak penting pun, sekadar satu proses. Kecualilah tak pernah jadi (rujuk). Sekarang kami telah rujuk, tidak akan mengubah apa-apa.

“Secara hukum Islam, kami tak melanggar apa-apa. Cuma secara undang-undang sahaja belum,” ujarnyax

Pelakon Imaginur itu ditemui ketika majlis pelancaran butik baharu jenama tempatan, Mimpi Kita di The Exchange TRX di sini hari ini.

Terdahulu, mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.

Bagaimanapun, pasangan tersebut mengumumkan rujuk semula pada 31 Ogos 2023.

Namun, peguam syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, Farid dan Diana tetap perlu ke Mahkamah Syariah untuk mengesahkan proses rujuk semula itu.

“Kalau sudah rujuk, mereka tetap perlu ke mahkamah syariah untuk disahkan dan barulah sijil rujuk akan dikeluarkan.

“Jika tidak ke Mahkamah Syariah, pihak berkuasa tidak iktiraf rujuk pasangan itu,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya bilakah agaknya mereka akan mendaftarkan pengesahan rujuk, Diana menjawab;

“Buat masa ini, kami ambil nafas dahulu. Kami sekarang macam, ala mahkamah lagi. Kejap ya,” ujarnya.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN