CIK Bunga ada tertengok satu cuplikan sesi temu bual pihak media dengan penyanyi senior, Datuk Zainal Abidin baru-baru ini. Tak sangka juga temu bual itu menjadi tular di media sosial. Tetapi bukan pada cara yang positif. Sebabnya, Zainal menerusi perkongsiannya dalam temu bual tersebut, didakwa macam orang sedang berhalusinasi, delusional atau berkhayal. Itu semua gara-gara Zainal membuat dakwaan bahawa lagu Puteri nyanyiannya yang popular sekitar tahun 1996 pernah ditempah oleh penyanyi antarabangsa, Celine Dion, dengan judul dalam bahasa Inggeris adalah Hearts Don’t Lie. Bagaimanapun, menurut Zainal, Celine tidak membuat bayaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya