Tahun Baharu 2024: Agong, Permaisuri doakan kesejahteraan

Tahun Baharu 2024: Agong, Permaisuri doakan kesejahteraan rakyat , negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024.

Dalam masa yang sama Tuanku turut mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara.

Perkara itu disampaikan menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara hari ini, di samping Seri Paduka berdua juga mendoakan perpaduan dan keharmonian negara terus berkekalan.

“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

“Semoga juga dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” titah Seri Paduka berdua. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya