Tahap reformasi undang-undang Malaysia 2023 belum cemerlang

Tahap reformasi undang-undang Malaysia 2023 belum cemerlang

Dr. Muhammad Mohan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Badan ketelusan antarabangsa, Transparency International Malaysia (TI-M) meletakkan skor dan pencapaian negara berhubung reformasi undang-undang di kategori sederhana dan baik sepanjang tahun ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya, Dr. Muhammad Mohan berkata, banyak undang-undang negara yang dilulus serta dilaksana dan secara keseluruhannya, ia hanya berada di gred antara ‘B- ke B’.

Katanya, untuk kerajaan mempercepat proses reformasi undang-undang sepenuhnya sekaligus mencapai kategori cemerlang, ia menuntut iltizam politik kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merealisasikannya.

“Buat masa ini akibat dari isu DNAA mahkamah (melepas tanpa membebaskan) baru-baru ini yang melibatkan pemimpin tinggi, kepercayaan rakyat kepada sistem perundangan di negara mula dipersoal oleh rakyat. Jadi kerajaan harus sedar dan memperbaiki keadaan tersebut.

“Ini yang dimaksudkan kehendak politik. Kerajaan menyatakan Malaysia ingin naik ke tangga ke 25 dalam Persepsi Indeks Rasuah dalam masa 10 tahun. Kini kita di tangga ke 61.

“Jadi kalau kerajaan serius dan ingin mencapai impian ini, mereka harus mempercepat perubahan dan antara yang penting ialah pengasingan kuasa antara Penguam Negara dan pendakwa raya agensi penguatkuasa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, TI-M menggesa kerajaan mempercepat reformasi undang-undang pada tahun depan antaranya membentang Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman Malaysia supaya rakyat dapat membuat aduan kepada agensi pusat yang benar-benar bebas.

“Kerajaan harus segerakan pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu penyiasatan kes-kes rasuah. Pindaan ini perlu dalam soal pelantikan ketua pesuruhjaya SPRM.

“Kerajaan juga harus bentang Akta Perolehan Awam dan pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya.

Pada 4 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan sedang giat mengatur pelbagai langkah ke arah reformasi perundangan lain.

Untuk rekod, Malaysia kini berada di kedudukan ke-61 daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke-62 diperolehi pada tahun 2021. Skor Malaysia jatuh satu mata iaitu daripada 48 mata pada 2021 kepada 47 mata pada 2022.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya