Tahap penguasaan bahasa Melayu kekal syarat utama mohon warganegara

Tahap penguasaan bahasa Melayu kekal syarat utama mohon warganegara

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penguasaan bahasa Melayu kekal menjadi salah satu syarat utama bagi mana-mana individu yang mahu membuat permohonan menjadi warganegara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, syarat itu melibatkan beberapa proses saringan antaranya melalui ujian bertulis, temu duga secara lisan dan bersemuka melalui ujian pengetahuan bahasa Melayu.

“Sepertimana yang disyaratkan dalam Perlembagaan Persekutuan, pemohon kewarganegaraan di bawah Perkara 16 hendaklah mempunyai tahap pengetahuan asas bahasa Melayu manakala pemohon kewarganegaraan di bawah Perkara 19 pula hendaklah mempunyai pengetahuan mencukupi bahasa Melayu.

“Ini bermakna, tahap penguasaan Bahasa Melayu bagi pemohon taraf kewarganegaraan ini diberi keutamaan kerana syarat ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Abdul Nasir Iris mengenai sejauh mana tahap penguatkuasaan bahasa Melayu diberi perhatian untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.

Sepanjang tahun ini, sebanyak 32,000 permohonan kewarganegaraan diterima oleh Kementerian Dalam Negeri.

Dalam tempoh sehingga Oktober lalu, sebanyak 10,381 keputusan permohonan kewarganegaraan dibuat dan melepasi sasaran 10,000 yang ditetapkan setiap tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya