Tahanan lolos daripada lokap berjaya diberkas

Tahanan lolos daripada lokap berjaya diberkas

SUSPEK yang melarikan diri dari lokap berjaya diberkas di kawasan paya bakau di Tuaran hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Selepas kira-kira 48 jam meloloskan diri daripada Lokap Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, seorang tahanan berjaya diberkas di kawasan paya bakau di Tuaran, hari ini.

Lelaki berkenaan yang melarikan diri pada Sabtu lalu ditahan semasa bersembunyi di sebuah pondok usang di kawasan paya bakau berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Datuk Shahurinain Jais berkata, pihaknya berjaya memberkas suspek kira-kira pukul 11.50 pagi.

“Suspek berjaya ditangkap ketika sedang bersembunyi di sebuah pondok usang di kawasan hutan simpan (paya bakau) berhampiran sebuah resort di Tuaran.

“PDRM Sabah merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama dan maklumat yang disalurkan oleh orang awam sehingga suspek berjaya diberkas,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek dipercayai meloloskan diri dengan memanjat jeriji besi semasa diiringi anggota petugas lokap ke bilik siasatan untuk tujuan soal siasat.

Suspek ditahan reman bermula 10 Disember lalu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya