Suspek kes mayat disimen dalam kolah direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Suspek kes mayat disimen dalam kolah direman tujuh hari

Mayat disimen
SUSPEK tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Klang dengan diiringi anggota polis bagi permohonan reman di Mahkamah Majistret Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi membenarkan tempoh reman tujuh hari ke atas seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita yang disimen di kolah tandas sebuah rumah, kelmarin.

Perintah reman bermula hari ini hingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid.

Terdahulu, suspek berusia 53 tahun itu yang diiringi anggota polis tiba di pekarangan mahkamah berkenaan pukul 9.47 pagi.

Tempoh reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia semalam melaporkan suasana di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran di sini, gempar dengan penemuan mayat wanita dipercayai warga asing berkenaan, kira-kira pukul 9.30 malam.

Siasatan dijalankan polis selepas menerima laporan daripada pemilik rumah itu berkaitan terdapat mayat di kolah bilik air rumah sewa tersebut. 

Mayat wanita itu ditemukan selepas anggota bomba bertindak memecahkan simen kolah berkenaan.

Polis setakat ini menahan seorang lelaki dan sedang mengesan dua lagi suspek bagi membantu siasatan.

Dua individu itu masing-masing dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh yang dikenalpasti menyewa rumah tersebut dan dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat yang akan dijalankan esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya